บทความ วรรณกรรม วรรณกรรมมลายู

Perjuangan Suci

PERJUANGAN SUCI

Sang mentari melabuhkan cahaya .
Kicauan beburung memecah suasana.
Deru angin menyambut seruan sang bayu.
Begitulah perumpamaan sebuah fitrah.
Keharmonian sebaik- baik umat.

Sejarah keunggulannya.
Diukir dengan tinta emas.
Dipahat ke desar memori.
Membuktikan keikhlasan pengabdian.
Kepada Allah Pencipta alam.

Mereka umpama satu jasad .
Membentuk satu kesatuan yang utuh.
Di bawah satu kepimpinan yang kukuh .

Tetapi
Serpihan kemusnahan makin terasa.
Tatakala manusia lupa pada Pencipta .
Alpa di kala ni’mat melimpah.
Sedangkan kiamat hampir menggamit kita.

Umat ini LEMAH bukan kerana Islam .
Umat ini REBAH bukan kerana Islam .
Umat ini diSANGGAH bukan kerana Islam.
Tetapi umat ini diTINDAS, TEWAS kerana melupakan Islam.

Sedang umat ini dihimpit.
mereka terus berpecah.
Mereka selalu bertikam lidah.
Dengan permasalahan ranting dan Khilafiah.

Mereka bukan lagi jasad yang satu.
Kini masing-masing menyepi.
Demi kepentingan diri sendiri.
Mengapa ini terjadi.
MENGAPA
Kerana kita mula mencintai dunia dan takutkan mati.

Bersama lah kita mengimbas kembali.
Perjuangan mujahid terdahulu.
Yang tidak teragak-agak menghunus pedang.
Apabila seruan jihad memanggil.
Tidak kedekut menyumbang harta.
Tidak jemu mencurah bakti dan jasa.

Tidak takut menyerah nyawa.
Demi Islam tercinta.
Dan menjunjung Kalimah Allah Yang Maha Kuasa.


Nukilan : Ibnu Desa